dari langit dua ribu kaki
aku mencabar mati
bersaksi cebis-cebis setia
yang aku lakarkan pada awan percaya
gelora hati
pejam mata
membelakangi realiti jurang dalam yang menghukum
lantas layang tubuh kaku tak bermaya
ke dasar lembah penuh sengsara
gema-gema suara
jiwa hitam yang menanti aku mati
pasti akan kecewa
melihat masih ada kerdil cinta
yang menyambutku di bawah sana
p/s: Ok tak gambar tu..? Gua edit sendiri pakai Microsoft Word..
5 comments:
bila nak terjun nanti ..
sila gtau awal2 ..
boleh kitaorg tolong sambutkan ..
>>___<<
bila ada gambar, ada caption, hilang separuh kool..
edit pakai yahoo messenger tak boleh?
frodo..
kau laki..ak nk pompuan y smbut..
mael..
separuh tu dah kire ok gua rase..
amal..
YM gn photoshop tu utk amatur2 je..
y terer2 pakai word ...
peh.
riak betul jawapan.
Post a Comment