Wednesday, April 21, 2010

unbearable.

terkadang yang tak terungkap
dibiarkan selesa dengan diam merangkap
senyum dilukis pada bibir
untuk menutup yang terzahir.

bercinta dan menderita
maung sengsara menaungi bahagia
sekepal darah didalam berbicara
cukuplah mengaritgarit segala.

menekan dada
mengunci telinga
membuka mata;
mengharapkan pelangi tiba.

12 comments:

acap said...

kalau bicara boleh merosakkan semua, ak pilih diam dgn rela.

syLph said...

acap
untuk sebahagian mungkin.
jgn terlalu cepat buat keputusan even kau tak terkesan dengan itu.

acap said...

biar mnyesal sekarang jgn mnyesal kmudian hari
bak kata pepatah;
sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.
ibarat sudah jatuh ditimpa tangga dan
burung yang terbang dilangit dipipiskan lada.

sekian.

syLph said...

terpulang.
:)

Frodo Baggins said...

"cakap .... cakap ... cakap"


~ bisik pengarah ahmad niisfu kepada pelakon2 dlm pendekar bujang lapok ..


>>____<<

PenSeL 2B said...

drpd komen acap,amal komen balek,smpai ke komen frodo ni sume mampos ak x paham...

Miss ... said...

wakaka..sama la pensel 2B hehe

siv ada ke pelangi lagi? haha

acap said...

pyol ni memang selalu salah kaunter!
ibarat pegi bayar bil astro dekat kaunter nak timbang barang

syLph said...

pyol tu tunggu nak kena bagi gigit lutut aku nanti.


miss
tunggu lah lepas hujan.
insyaAllah ada.
:)

syLph said...

pyol tu tunggu nak kena bagi gigit lutut aku nanti.


miss
tunggu lah lepas hujan.
insyaAllah ada.
:)

PenSeL 2B said...

amal siap anta komen warning due kali lg...
geram betol nampak gayenye...
haha

amaL said...

bengong lah. aku tak perasan okay!
hishhh!