Thursday, April 15, 2010

Mawar Putih II

sekejap saja
bagi aku masa
aku mahu ke kedai bunga
mencari mawar putih
lalu kutanam di dalam pasu
di depan pintu rumah kau

bila kau buka pintu
mawar putih itu bertukar
menjadi raksaksa medusa
kepala berduri
tangan berdaun
memegang anak panah

tetapi apa yang kau nampak
bisa membutakan mata
mematikan waras akal
kerana kau tidak sedar
raksaksa medusa itu
baunya harum seperti mawar putih.

3 comments:

Miss ... said...

masalah aku..aku x penah cium bunga haha..x tau seharum mana agaknya mawar putih ekk

amaL said...

eh yg bukak pintu.
angkat baju tutup mata.
nanti tak jadi batu.
kehkehkeh

PenSeL 2B said...

memang nk kene lempang sape2 y tanam mnde bukan2 dlm pasu rumah ak...