Thursday, April 29, 2010

MUJARAD.

ku kirimi pari-pari syurga
layarkan kamu
jauh ke angkasa;
sandarkan pada bintang
tanyakan pada bulan,


coraknya bumi itu
sfera atau segitiga?

Tuesday, April 27, 2010

sirkulasi life.

terasa ingin mencuba lagi
tapi puncakan tembok meninggi
menghalang niat diri,
memergi;
namun menjauh itu tidak bererti
didalam ini memati.

masih berdegup
sentiasa ditekan tekan
sarat mengandung keperluan.

cuma mungkin
mungkin sahaja sedikit yang tertinggal
memasuki segenap ruang sendi
menghancurkan molekul molekul akli

dan kini
ia semakin menghampiri
semakin mendekati
semakin mati.

Monday, April 26, 2010

kaca atau permata

hujan petang
tampil bersaksi
megah aku menggenggam sebutir permata
tekad menjulangnya tinggi-tinggi
biar dijamah sisa-sisa sinar mentari
yang singgah di bucu permata yang membias
terbit menjadi pelangi

pujuk tubuh yang muak berdiri
mengesot ke ekor pelangi
hujungnya ada lopak-lopak air jujur
cermin diri
bungkam aku nampak aku
menangis sendiri
tangannya dihiris kaca

Sunday, April 25, 2010

k.alku.la.si

ke sini
ke sana
atas dan bawah
berhenti
di tengah-tengah
center of mass
cakap orang Amerika
rokok dibakar
menyambung nyawa
rokok orang Amerika

di atas
berputar
tak kena
tak sampai
takkan boleh
hingar hujan

di sana
senang
Thom Yorke berkumandang
kala mimpi
tiga darab sembilan
telanjang dan melayang


-pernah diterbitkan dalam Antologi Lagej

mimPilem.

tali kasut longgar lagi lah. macam mana nak melangkah.


-najib khalid : Goh Pak! Goh Cak!

Saturday, April 24, 2010

'A'

"Your pretty face is going to hell..!!" - Iggy Pop

Friday, April 23, 2010

sambutku nanti

dari langit dua ribu kaki
aku mencabar mati
bersaksi cebis-cebis setia
yang aku lakarkan pada awan percaya
gelora hati
pejam mata
membelakangi realiti jurang dalam yang menghukum
lantas layang tubuh kaku tak bermaya
ke dasar lembah penuh sengsara

gema-gema suara
jiwa hitam yang menanti aku mati
pasti akan kecewa
melihat masih ada kerdil cinta
yang menyambutku di bawah sana




p/s: Ok tak gambar tu..? Gua edit sendiri pakai Microsoft Word..

Thursday, April 22, 2010

Inglorious days

he lives a broken life
screwed in his own way
phones are ringing
leaves are falling
diaphragm shaking
waiting for an end
and he regrets nothing

she sat there alone
between those two roads
with chained legs
ashes floating in the air
no, she can't help you
absolutely no
and she regrets nothing

you're just an electrode
in a cup of soda
there's nothing you can do
to save yourself
to help yourself
to free yourself
and you should regret nothing

the birds flew high in the sky
they're the first
to feel the rain
diffused into the vein

kotak

jika hari ini
kau kirimkan aku
sebuah kotak janji
indah samaran
namun sembunyi realiti
yang membalut ular-ular mungkir
bisanya meracun hati

tetap akan aku ukir raut senyum
pada budi-budi kotak janji
yang tadi menghalau dingin malam-malam sunyi
ketika insan lain
alpa akan hari ini

dan saat bisa itu menjalar diri
menanti jantung berhenti
terus senyum sendiri

Wednesday, April 21, 2010

unbearable.

terkadang yang tak terungkap
dibiarkan selesa dengan diam merangkap
senyum dilukis pada bibir
untuk menutup yang terzahir.

bercinta dan menderita
maung sengsara menaungi bahagia
sekepal darah didalam berbicara
cukuplah mengaritgarit segala.

menekan dada
mengunci telinga
membuka mata;
mengharapkan pelangi tiba.

time-melting machine

can you please
put out the fire
i will not
envy your destiny

you put a fake smile
everybody knows
licking an empty glass
and throw it to the wall

the time-melting machine
is what you need
there's nothing to rush
cause we're all gonna die
cheers.

BICARA HATI.

pernah kau tanya pada hati
jauh mana merindu?
banyak mana kasih sayang?
manis sangatkah kata-kata?
atau pahit kelat rasa cinta?

kadang-
tenang wajah tak mampu menduga
jauh mana bergelora
detak jantung tak bisa merasa
parah mana derita jiwa

mungkin hati terlalu kebas
tak bisa lagi merasa tempias

suka atau rimas
bebas atau lemas
benci atau cinta
kecewa dan menderita.

Tuesday, April 20, 2010

unfortunately.

aku cat kebentukan 'smile'
aku sumbat semua 'hole'
aku lekat serpihan 'heart'
aku bangkitkan segala 'soul'

tetapi;
banyak yang dah hilang bila aku cari
banyak yang tak ada bila aku mula nak kecapi
selamanya
tak akan muncul lagi.



Monday, April 19, 2010

hitam kuning putih

hitam kuning hitam kuning hitam kuning
engkau berbeza rumpun berbeza akar berbeza rasa
mana mungkin engkau hidup bercampur

hitam hitam hitam kuning kuning kuning
diskriminasi kau sembah
simpan hati engkau dalam peti mundur
genggam prinsip tangan kiri
nafsu kau berpatah arah

engkau putih
putih simpan hati kotor berhasad
jika firasat kau serba tak kena
habis kau mahu bagaimana?

unforgiven.

khilaf itu dimiliki aku
kerna kamil masih belum punyaku

biarpun seluruh taman carnation ku hadiahkan
biarpun bolabola naga ku kumpulkan
namun itu belum memberi kepuasan
tidak dapat ku beli satu kata kemaafan


Saturday, April 17, 2010

unpredictable.

aku mahu tapi ditahan rasa malu
aku ingin namun segan mendinding

berdosa jika lidah memutar kata
tapi andai itu yang lebih beri gembira
aku tetap pilih sedemikian rupa
walau dalam hati dicucuk derita

sampai bila membanduankan hati
aku sendiri tak pasti
cuma semoga satu hari nanti
kau dan aku akan tetap di sini

Friday, April 16, 2010

LANGIT MERAH JAMBU.

hidup kadang terlalu deras
yang lemah;
layu terkapai lemas
gagal merengkuh genggaman kemas

langit sendu rona biru,
berganti kusam merah jambu
merah merekahi lesu termangu
hingga melucut garisan ungu
melayut jatuh, jauh ke dasar

kosong, melopong
tenggelam dan timbul
lantas merapung
tinggi jauh dalam dakapan
langit kusam, berbalam-balam
hilang dalam bintik kelabu,
dan garisan terik merah jambu.

undefined.

kadangkadang ada rasa itu
bila seiring bau membelenggu
bila terasa sentuhan sayu
bila terlihat renungan pilu

kadangkadang ada ingin itu
bila hari mula menggelap
bila matahari makin malap
bila bulan mula menggerlap

cuma kadangkadang itu
membuatkan diri terus terhilang
terus tenggelam
terus terbenam
dalam jauh ke dasar
sehingga tak tercapai
sehingga tak tersampai

hanyutan ke tengah
tak tercelah di tepian
arus ombak menggila
yang tinggal cuma sisasisa

untuk hidup di sedikit masa lagi
harapan yang ada cuma sipi
kerana hidup ini
destiny...

jangan koyakkan layang-layang cinta saya

layang-layang cinta
yang tadi sombong di awan tinggi
kini bercerai tali
sesat di celahan awan-awan asing
merebak liar
tekad hinggap
di perangkap dahan

lalu kau datang
bawa sekeping hati
paksa aku menonton
lengan mulus milik hati konon suci itu
menggapai layang-layang cinta aku
hampir segera ke daratan
hampir segera ke dakapan

debar nafas
bunuh aku yang nyaris hanyut dalam lautan teruja
saat diri paku mata pada layang-layang cinta
disentap sangsi
pasang harap
kalau koyak
kau ganti

Thursday, April 15, 2010

Mawar Putih II

sekejap saja
bagi aku masa
aku mahu ke kedai bunga
mencari mawar putih
lalu kutanam di dalam pasu
di depan pintu rumah kau

bila kau buka pintu
mawar putih itu bertukar
menjadi raksaksa medusa
kepala berduri
tangan berdaun
memegang anak panah

tetapi apa yang kau nampak
bisa membutakan mata
mematikan waras akal
kerana kau tidak sedar
raksaksa medusa itu
baunya harum seperti mawar putih.

no funny business (the original)

Don't be silly
i have told you before
there is no funny business
don't fear the dark
look into the mirror
there is no way out
don't regret your past
just keep running
down the road

i wonder how
the skies turn red
the baby anteaters
screaming out for hugs
and i wonder how
under the red skies
the fat cat in the box
eat the rat.

vanish away
vanish away
vanish away
from my sight
out of my head
out of my head
out of my sight


-ciplak punya-


ISTIMEWA

kalau saja bintang-bintang itu mutiara
pasti ku kutip tiap satunya
kususun mengikut terang gemerlapnya
lalu kugubah menjadi mahkota;
indah, bercahaya

dan akan kuhadiah buat dirinya
satu-satu insan paling istimewa
dulu, kini, dan selamanya..

Kunci & Gari

ada banyak dugaan
dalam hidup
ada banyak pilihan
dalam hidup
kau suka hitam
kau pilih yang hitam
kau suka besar
kau pilih yang besar

tak perlu berdalih
tak perlu berdalil
apa yang kau pilih
yang kau rasa senang

dia datang bawa tiga dulang
yang pertama permata
yang kedua batu
yang ketiga besi
mana mungkin kau pilih batu
mana mungkin besi
nafsu di puncak gunung
tamak itu sebahagian daripadanya
selain angin dan ribut
yang menambah kesukaran
untuk engkau memilih
dengan tangan dan kakimu
bergari pada tiang tiang kemusnahan

kuncinya, tiada pada aku.

Tuesday, April 13, 2010

KITA

senyap bukan hilang
lesu bukan mati
terbang seketika
hanyut jauh
ke dunia kedua;
menghiris derita
meracik rasa
melayang ke angkasa

pergiku bukan kerna kamu
pulang bukan untuk dia
tapi cintaku,matiku
hanya untuk KITA.

unknown itu.

berlari di atas senyuman.
ketika kita bergandingan.
angin nyaman.
meresap jauh ke dalam angan.

cuba tariktarik dia.
sebab hati mahu tahu dengan siapa aku bersama.

memohon untuk terakhir kali.
pandanglah ke sini.
tapi itu cuma kata hati
yang dia tak dengar pasti.

angin tiup kencang.
genggaman mula bergoyang.

"eh jangan pergi..."

dia melayanglayang.
dan terus hilang.

"awak..nanti datang lagi..."


Monday, April 12, 2010

unknown.

kesatkesat air mata.
tenung rumput depan kaki.

"kau kenapa?"

dongak kepala.
cahaya matahari halang untuk aku tahu siapa.
kerutkerut dahi. masih tak nampak dia.

"jom ikut aku"

tangan kasar aku sambut walaupun rasa canggung.
bangun tepuktepuk punggung.
samasama berjalan rentas bukit menggunung.

"kau siapa?"

soalan terbiar sepi.
kau tak pernah toleh lagi.
tapi tangan aku tetap kau genggam rapi.

(✿◠‿◠)

Hati tusuk hati

Puisi engkau
Cerita tentang cinta
Indah cantik hadir gembira tipu paras rupa
Selindung balik urat-urat senyum
Lalu duka nestapa
Kau bolot seorang

Sunday, April 11, 2010

mimpi.

antara sweet dream dan beautiful nightmare;
aku tolak dream yang sweet itu ke tepi,
aku tarik beautiful nightmare ke sisi.

gila?

entah!
suka hati aku lah!

Friday, April 9, 2010

terima kasih Tuhan.

melihat sekepingsekeping kenangan
airmata mula menjadi teman

mengimbau silam yang penuh 'dia'
hati rasa bahagia;
dan diselubungi derita.

terlalu pantas dia pergi,
cepat benar berubah hati
padahal yang ditiup ke telinga cuma khabar keji,
dari mereka yang penuh hasad dengki

kini helaan nafas normal seperti dulu
biarpun persis debuan debris yang mengalir laju
tatkala melihat dia dililit orang baru
tapi aku redha dengan segala dugaanMu
kerna itu yang terbaik untukku.
Alhamdulillah....


(✿◠‿◠)

Thursday, April 8, 2010

ekspresi.

(╯◠╰) hmmm

(╥_╥) sobsob

(╯_╰) haaaa~

(*^ -^*) yippiii!

(∪ ◡ ∪) hehe~

(⋋▂⋌) huh!

┌∩┐(◣_◢)┌∩┐ fuck off!

sejadah

kala Subuh
sayup-sayup gema
kalimah suci
insan-insan mengaji
mengusik hati-hati perantau
yang bersimpang kembara
jadi tenteram dan sentosa
sujud menghadap Pencipta

harapan.

langkahku diekori.
aku dipandang curi.
terasa sentiasa diperhati.

tapi itu cuma harapan aku pada kau;

berharap kau sentiasa berada disisi.
bukan dibelakang untuk meninggalkan aku tanpa notakaki,
bukan dihadapan untuk berlalu pantas kelak nanti.
tapi kekal berada disini,
sehingga aku mati.

namun itu masih aku panggil harapan;

kerana dalam masa yang sama,
kau melihat aku dari sudut berbeza.
kau tak pernah terfikir untuk kita berdua,
kerana mungkin hati kau masih melekat pada dia.

dan kini apa yang aku betulbetul harapkan;

'kau' bukan diri kau.

Wednesday, April 7, 2010

blues lampu isyarat

99, 98, 97...
seorang ah so
dengan basikal
panas terik
mengalir peluh
letih mengayuh
kecil tubuhnya
dia tersenyum
tiada baginya
rugi begitu

70, 69, 68...
sepasang kekasih
dengan motokar
berjenama import
bergurau manja
berketawa ria
memandang sombong
pada semua
tiada baginya
malu begitu

34, 33, 32...
seorang lelaki muda
dengan kapchai
kerut muka
silau mata
kabur pandangannya
jauh ke depan
terus jalan
tiada baginya
peduli semua itu

3, 2, 1...
kita berdiri
di tebing batu
di lampu ini
kau siapa
aku siapa
kita serupa
kita berhenti

tahukan kau
gerigis batu tajam itu
bisa mengoyakkan
kulit halusmu
lalu bernanah parah
hari demi hari
seperti hari ini
tatkala lampu isyarat
menanti hijau.

terlalu.

waktu yang terlalu lama berlalu ketika kau melangkah pergi. saat yang aku terlalu harapkan masa itu akan berputar kembali. agar dapat aku ubah tingkahlaku diri. dengan harapan kau dan aku, masih disini. tapi sampai satu ketika. aku tersedar ke alam nyata. betapa terlalu idiot nya diri. bila inginkan kau lagi. ya. kau sendiri terlalu ingin kembali ke masa lalu. tapi bukan untuk diri aku. kau cuma mahu, kita tidak pernah bertemu. terlalu perit. terlalu pedih. cuma itu word yang aku tahu. tapi itu ketika 62208000 second yang lalu. jika sekarang, aku pun terlalu berharap. kau dan aku, tidak pernah kenal apa itu bersama.

Tuesday, April 6, 2010

a_tribute

Kau bukan lilin
Yang membakar diri
Kau bukan api
Yang menyalakan lilin
Kau bukan genius
Yang mencipta mancis

Tapi kau superhero
Menterbalikkan dunia
Mengikut arus,
Minda kau!

Gila
Semua gila
Kau gila
Berenang melawan arus
Mana mungkin!
Bagaimana?

Aku lebih rela
Meraikan hari ini
Daripada berpura senyum
Di Hari Kekasih

Selamat Hari Mati, Kurt.


April 5, 1994 - In Memory of Kurt Cobain.

wheely.

kadangkadang, hidup ni boleh jadi macam kita up basikal karim. bila terlalu over, boleh terjatuh ke belakang. bahaya. kalau patah leher, terus mati. kan? tapi kalau kita terer mana sekalipun, tak jatuh ke belakang, tak selamanya kita akan selalu berada dalam keadaan 'up' tu. kan? bila dah tak mampu kawal, kita akan TERjatuhkan semula tayar basikal tu, cecah tanah. bernasib baik kalau boleh terus berkayuh macam biasa. andai kata termasuk lubang dekat jalan, kalau tak pun tayar basikal senget sikit masa landing, boleh terus jatuh. berdarah. sakit. dan bila dah jatuh, jangan harapkan sangat ada orang akan tolong bangunkan. cuba lah untuk bangun sendiri. bangun cepatcepat. jangan sampai mati tengah jalan.

Monday, April 5, 2010

Percaya

Bisik pada Amira Natasya
Jika kau hari ini
Masih Amira Natasya
Nescaya kubisik pada hati semalam
Aku masih seorang pencinta

Bisik pada Amira Natasya
Jika kau esok
Bukan lagi Amira Natasya
Nescaya kubisik pada percaya semalam
Aku kekal seorang pencinta


p/s: Amira Natasya bukanlah Azman Adnan

alone.

rebahan tubuh di ranjang.
mata terus menentang lapisan putih di atas;
straight.
sedang gumpalan putih di dalam kepala,
persis terlalu busy.
memikir hampir semua perkara;

cinta yang datang dan pergi,
namun tiada satu yang lekap di hati.

teman yang tenggelam timbul,
langsung tak ubah seperti bisul.

hidup yang mula berubah,
sudah semakin dirasakan payah,
huh!
terasa belum cukup gagah.
lebihlebih lagi bila tak ada perkataan tabah.

tapi,
tetap kena teruskan.
takkan pasir nak ditelan.

jadi,
pejam mata,
dan hadam lah pelanpelan,
sorangsorang.

cermin

kalau ada pintu ajaib
kau pergilah
ke kaki pelangi

kalau ada cermin ajaib
kau lihatlah
kau punya dosa

Sunday, April 4, 2010

pantun sekerat

'simply bangsat, truly lahanat'



-dirembat dari Bart Ahmad.

okay.

hujan semilir petang.
menarik sedikitsedikit jiwa
menuju kecerahan ufuk jingga
merenung satusatu kabus putih
berarak kegemalaian gigih.

tersekat dipuncak kehijauan
yang menunjang ke atas.

terimbau;
ketika kau masih mahu di situ.
menunggu, tanpa jemu.

dan aku terus berimaginasi tinggi
walhal kau sudah berlalu pergi.

tapi jika terus di kenang kan DAHULU
tidak mungkin aku dapat memegang hujung cahaya
yang terlalu sulit untuk di litupi jemari halus
sehingga akhirnya aku menemukan;
erti surrender.

ya.
aku mengalah.
cukuplah untuk terus lelah.
dan syukur ku panjatkan.
bila senyum mula aku ukirkan.

MATI.

cuba kau kira
butir bintang bergantungan
cuba kau silang
jemari yang bergelimpangan
yang putih takkan kelabu
yang mekar pasti layu

masih jua terkapar-kapar
lemas dalam daratan
sesat dalam kabut
pedih menyesakkan
menyelerakkan suku-suku
butir rindu;

lalu mati.

Kumbang dan Bunga

Kumbang sama kumbang
Bunga sama bunga
Tidak semerdu ungkapan
Tidak seindah melankoli
Hakikat
Kau tegar melawan putaran dunia
Dan jangan selut hitam kotor itu cuba mengheret aku perlahan
Lemas dalam kelembapan likat-likat tanah
Lalu terkapai bersama
Engkau yang tekad tegak berdiri

Kumbang tidak sama kumbang
Bunga tidak sama bunga
Nafsu buntu
Pijak akal
Bunuh deria

Aku kumbang
Aku mencari bunga

pukul 3 pagi

di hujung bucu potret
berdiri kupu-kupu
ingin memberitahu
engkau sesuatu

di atas tilam gebu
malammu berlalu
engkau tersipu-sipu
padamkan lampu

di bucu kotak konkrit
ada hantu!

malam.

bila matahari pergi
perlahan-lahan menarik bulan jadi pengganti
kelam menyelubungi;
tak dinafi.
tapi tetap ada cerah, mencahayakan hati.

bicara malam mengasyikkan
di sambut deruan angin mendinginkan
bersama titis hujan membebankan.

sepertinya,
baru semalam aku yang keseorangan;
hanya mampu melihat kau kepergian.

seperti juga,
baru semalam kau genggam setiap satu uraturat hati.
lalu kau sentap kuat tanpa simpati.
memutuskan connection dengan hati.

dan malam ini,
hati yang mula mengecil tanpa darah dan isi,
mula layu;
dan perlahan-lahan mati.

Saturday, April 3, 2010

Mungkin pernah

Hitam putih
Diselubungi hitam putih
Imbau silam
Kau ada di situ
Seolah-seolah kau ada di situ
Pernah bukan?


Salam...

ini hari

hari ini
tidak semacam semalam
hari ini
aku dengan pencandu adrenalin
hari ini
tiada hujan panas
hari ini
terselak satu persatu halaman
hari ini
mana mungkin aku terima kau

kerana semalam
kita pernah bercinta.

PUNAH.

dalam rasa yang menyiksa
derita jiwa yang makin gila
menikam parut perih semalam
rasa cinta paling dalam
mengulit perit duniawi
menggarit segaris mimpi

aku longgak jauh ke awan
tiada lagi corak kebiruan
hilang semua kedamaian
tinggal cuma kelabu dan kehitaman
perit dan menyesakkan

terlekap bait-bait sengsara
melayut ke pangkal jiwa
hingga sesak,
meledak;
mati cinta
mati bahgia
hancur segala
punah satu ceritera.

gila

rasa yang acapkali mengulit, melilit.
rimas. lemas.
kepingin untuk mencarik-carik
setiap satu sarafsaraf
yang menunjang ke objek putih di kepala

menajamkan semula kanta hitam
memerhati genitgenit tubuh
dengan detikan hati
yang sentiasa mengharap itu dia

tersedar. nafas paling dalam dihela.
tatkala tiada cucukan bahagia.
cuma derita yang semakin menggila.