Thursday, April 15, 2010

Kunci & Gari

ada banyak dugaan
dalam hidup
ada banyak pilihan
dalam hidup
kau suka hitam
kau pilih yang hitam
kau suka besar
kau pilih yang besar

tak perlu berdalih
tak perlu berdalil
apa yang kau pilih
yang kau rasa senang

dia datang bawa tiga dulang
yang pertama permata
yang kedua batu
yang ketiga besi
mana mungkin kau pilih batu
mana mungkin besi
nafsu di puncak gunung
tamak itu sebahagian daripadanya
selain angin dan ribut
yang menambah kesukaran
untuk engkau memilih
dengan tangan dan kakimu
bergari pada tiang tiang kemusnahan

kuncinya, tiada pada aku.

4 comments:

Miss ... said...

habis kt mana kuncinya?

PenSeL 2B said...

"sayo akan bawa kamu ke balai polis"
-asrul afendi-

acap said...

aku pilih besi.
sekilo berapa dah
mahal!

amaL said...

kunci kat aku. :D