Tuesday, November 23, 2010

Kau.

Dulu;

Aku terlalu angkuh, terlalu mendabik dada yang aku mampu teguh berdiri tanpa goyah. Aku yakin, sedikit pun aku tak akan bergerak dek jentikan taufan. Kukuh.

Masa berlalu;

Sedikit demi sedikit, dada aku mula hancur kerana debikan yang terlalu kuat. Hidung yang terlalu aku tinggikan satu ketika dulu, patah dan mula merodok diri aku sendiri. Sehingga mati.

Dan kini;

Aku mula sedar, aku tetap perlukan tiang penyandang untuk terus tegak kan aku. Aku perlukan tali pengikat untuk terus menghalang aku dari rebah ke bumi. Aku perlukan kau untuk satu kan semula cebisan dada yang meremuk. Aku masih perlukan kau untuk mencantum hidung yang patah. Dan aku sememangnya perlukan kau untuk hidupkan aku semula.

Kau.

4 comments:

Miss ... said...

kalau "kau' itu tau dan mahu..

Azam Abd Rahman said...

salam singgah,
jenguk juga laman puisi saya

riha said...

"Aku perlukan kau untuk satu kan semula cebisan dada yang meremuk"

like this line :)

Lucifer said...

nice, serius.