Mulakan hidup tanpa ada harapan
Umpama terbangkan layang-layang tanpa hembusan
Dan dari situlah
Hidup akan terus bosan,
Mula malas, makin bodoh, terus gila, terlalu hancur
Menghilang dan akhirnya tamat.
Selayaknya diri yang akan terus diketawakan
Kesuburan rasa kurang;
Menyempurnakan keadaan
Ini merungut, itu mengomel
Sama apabila semakin banyak dipeluk
Semakin sedikit yang masuk
Dan kaki akan mula diangkat setinggi langit
Meranapkan kepala-kepala lain yang membingit.
Saturday, July 23, 2011
Monday, May 9, 2011
serakah.
berkalang langit bumi
kandung tanah
atap tujuh langit
mega malam
sipi sipi hujan
mengiringi sorak sorai syaitan
atas engkau
yang atas aku
lunyai atas tilam dosa
cinta buatan Malaysia
kandung tanah
atap tujuh langit
mega malam
sipi sipi hujan
mengiringi sorak sorai syaitan
atas engkau
yang atas aku
lunyai atas tilam dosa
cinta buatan Malaysia
Monday, May 2, 2011
tele-absence
i do not know
what's in your pocket
i just wait
i just being calm
slowly shut your eyes
and take my hand
i'll take you to the city
the city of loneliness
i'll buy you a toy robot
everything is wonderful
everything is free from the dirty hands
the robot stripper is dancing
i can see you're smiling
Tuesday, April 26, 2011
Lantai.
Apa yang kau tau pasal cinta?
Aku anggapkan perkara ni macam lantai simen yang belum kering. Tiba-tiba ada ayam lalu atas lantai tu dan berbekaslah tapak kaki ayam dekat simen tu. Kalau kau perasankan perkara tu ketika simen masih belum kering, kau berpeluang untuk ratakan semula lantai simen tu. Tapi kalau masa kau tengok lantai simen tu ada tapak kaki ayam, dan masa tu lantai dah pun kering, aku ada beberapa opsyen.
Satu: kau simen lagi sekali.Dua: kau cover dengan mozek, tapi masih kau perlukan satu layer simen baru.Atau;Tiga: kau pecahkan simen tu.
Tapi sanggup ke kau pecahkan hati sendiri? Atau kau lagi rela biarkan kesan seseorang terus ada pada hati kau?
Friday, January 7, 2011
Waktu Indah Dahulu.
Satu detik dulu,
aku cuma ada satu pengharapan;
kau ada disini.
biarlah hati di dalam menggila bagai nak pecah
lantak lah perasaan di bendung sampai tak berkesudah
mahu pun akli di atas langsung tak di endah
aku cuma pengharapan itu menyata.
namun bila mana waktu semakin hari semakin pantas berlalu
aku mulai tersedar
aku sudah hancur dihembus ribut di saat menunggu kau datang
aku sudah mati ketika kalut berlarian mengejar kau di depan
Subscribe to:
Posts (Atom)