Saturday, July 31, 2010

kalau nak ,cakap !

kau
lihat aku
lihat engkau
lihat aku
lihat engkau

lalu dia datang
pimpin engkau pergi
tinggal aku yang termangu
buntu dalam fikiran
mahu tak mahu

He's Beautiful.

tadi,
aku macam nampak dia.
tak lah berapa jelas sangat
tapi aku rasa,
macam dia sangat.
sungguh.

aku kanan, dia kiri.
aku toleh kiri, kebetulan dia toleh kanan.
aku terus hala depan.
dia masih lihat kanan.

siapa yang dia tenung?
aku ke?

Friday, July 30, 2010

How Do You?

kegilaan yang kau dah beri
langsung tak ada infeksi
sikit pun tak terkutik lagi
masih kental di hati.

kau tak tahu ini
ya. kau tak tahu.

.

Thursday, July 29, 2010

With Me.

saban malam aku harap kau datang.
bukan untuk membuka pintu hati
dan terus menerbangkan aku pergi,
tapi,
aku harap kau ada disini.
temani aku sampai mati.

Monday, July 26, 2010

Pari Pari Itu.

kau berlari laju
terus mengetuk hatiku yang berpintu
keegoan menghalang aku dari menyelak lembaran itu;
cuma mengintai sedikit dari tabir waktu.

kau setia menunggu
entah apa yang merasuk
aku tumpahkan rasa hati,
kotak hati aku biarkan tak berkunci

tapi;
kau cuma datang untuk menguji,
dan kesekian kali,
aku rasa kan aku tak ubah
dari asyik bermimpi.

Sunday, July 25, 2010

Kirana.

dulu;
sampai sekarang
dia masih menunggu peluang
saban hari masa yang kian terbuang
namun tak pernah nak diendah, dipandang;
cuma mengharap apa yang bakal mendatang

kecewa dalam akur;

ya.
mungkin bukan sekarang
harap segala nya akan lebih terang
untuk hari mendatang