Tuesday, November 23, 2010

Kau.

Dulu;

Aku terlalu angkuh, terlalu mendabik dada yang aku mampu teguh berdiri tanpa goyah. Aku yakin, sedikit pun aku tak akan bergerak dek jentikan taufan. Kukuh.

Masa berlalu;

Sedikit demi sedikit, dada aku mula hancur kerana debikan yang terlalu kuat. Hidung yang terlalu aku tinggikan satu ketika dulu, patah dan mula merodok diri aku sendiri. Sehingga mati.

Dan kini;

Aku mula sedar, aku tetap perlukan tiang penyandang untuk terus tegak kan aku. Aku perlukan tali pengikat untuk terus menghalang aku dari rebah ke bumi. Aku perlukan kau untuk satu kan semula cebisan dada yang meremuk. Aku masih perlukan kau untuk mencantum hidung yang patah. Dan aku sememangnya perlukan kau untuk hidupkan aku semula.

Kau.

Sunday, October 17, 2010

Bintang Terang Hari Siang.

Kunang kunang merah
terbang rendah
gula gula kapas
pintal bulat
terjun dari atas
tinggi puncak awan.

Bintang sinar terang
tengah hari siang
malam cerah dan
bulan merajuk
tangis sang pungguk
terkenang-kenang
rindu
malam hilang.

Monday, October 4, 2010

ufuk vailet.


'buat masa ini jika
aku di-genggam aku
berterabur menjadi pasir' -
nabilFizri.




tapi bagai mana cuba kau keraskan
tubuh sekental yang mungkin
tetap di sini
kau hanyut, lenyap
di puput tiupan dingin subuh
kerana pasiran yang mendinding
tak akan pernah bertukar menjadi konkrit padu
walau kau bayar dengan nyawa yang satu.

Monday, August 30, 2010

Tick of Time.

aku pandang langit
penuh dengan keputihan awan
nama kau masih terimaginasi di minda

aku sentuh titis hujan
sejuk menggetarkan
harap ini;
kau masih disini
untuk menghangatkan

namun seketika
aku tersentak tiga seken ke depan
bila aku sedar
kau cuma anganan

Wednesday, August 25, 2010

What matters is not what you eat, what matters is how you eat.

You were in the middle of the road
Alone and cold.

You come to my room
Smiling
Hoping for something better than outside
Then I said,
Baby, do me a favor please.

Get a wig and then naked
So that I don't have to imagine it
And now get the fuck out of here
Then I can sleep
Alone and cold.

Tuesday, August 24, 2010

Dara yang pecah usah ditangisi

Ketika engkau sedang lena,
Aku mabuk dibelai cinta,
Dan ketika aku mabuk,
Dia sabar menantimu lena.
Lagi sekali, kita terpedaya,
Umpama dara yang hendak pecah,
Tangisan nikmat memecah hening,
Ah, pedulikan orang sebelah,
Aku, hanya memerhati,
Kau umpama gila mendapat bunga,
Bunga yang layu menjadi abu.

Satu hari nanti,
Akan kubisik di telingamu,
Jangan datang lagi,
Dalam mimpiku.

Saturday, August 7, 2010

ménage à trois

Pagi itu tepu
Angin diam membisu
Aku haru-biru
Dalam selimut bersama kamu