Thursday, May 20, 2010

mata

sinar mata hitammu
kini dilanda mendung
menghalau tempias
bayang aku
yang pernah muncul
pada mata hitammu
hari-hari semalam

Wednesday, May 5, 2010

dulu, kini & selamanya.

satu waktu dulu. aku jangka kan hujan akan terus. hingga tiada istilah matahari menerangi setiap sudut bumi. setiap celah lurah. setiap puncak gunung. satu waktu dulu, aku kerap menunduk. menangkis masa yang cepat mendatang. menolak hari yang kian mendekat. satu waktu dulu, aku melangkah penuh keunduran. aku ingin terbang. aku ingin hilang.

tapi itu cuma satu waktu dulu. ketika aku masih jahil tentang ada nya pelangi selepas hujan. perlunya dongakan untuk melihat jauh ke hadapan. pentingnya langkah tegap untuk terus berjalan.

dan sekarang. aku mampu tersenyum dalam hujan. kerana aku pasti hadirnya tujuh jalur warna selepas rintikan. aku mampu menghadam setiap detik masa yang menghentam. kerana aku mula mempositifkan setiap yang mendatang. dan kini. aku lebih senang berjalan tegak ke hadapan. tiada lentokan. tiada lencongan. semuanya aku cuba tempuh walaupun halangan yang mampu membinasakan.

Thursday, April 29, 2010

MUJARAD.

ku kirimi pari-pari syurga
layarkan kamu
jauh ke angkasa;
sandarkan pada bintang
tanyakan pada bulan,


coraknya bumi itu
sfera atau segitiga?

Tuesday, April 27, 2010

sirkulasi life.

terasa ingin mencuba lagi
tapi puncakan tembok meninggi
menghalang niat diri,
memergi;
namun menjauh itu tidak bererti
didalam ini memati.

masih berdegup
sentiasa ditekan tekan
sarat mengandung keperluan.

cuma mungkin
mungkin sahaja sedikit yang tertinggal
memasuki segenap ruang sendi
menghancurkan molekul molekul akli

dan kini
ia semakin menghampiri
semakin mendekati
semakin mati.

Monday, April 26, 2010

kaca atau permata

hujan petang
tampil bersaksi
megah aku menggenggam sebutir permata
tekad menjulangnya tinggi-tinggi
biar dijamah sisa-sisa sinar mentari
yang singgah di bucu permata yang membias
terbit menjadi pelangi

pujuk tubuh yang muak berdiri
mengesot ke ekor pelangi
hujungnya ada lopak-lopak air jujur
cermin diri
bungkam aku nampak aku
menangis sendiri
tangannya dihiris kaca

Sunday, April 25, 2010

k.alku.la.si

ke sini
ke sana
atas dan bawah
berhenti
di tengah-tengah
center of mass
cakap orang Amerika
rokok dibakar
menyambung nyawa
rokok orang Amerika

di atas
berputar
tak kena
tak sampai
takkan boleh
hingar hujan

di sana
senang
Thom Yorke berkumandang
kala mimpi
tiga darab sembilan
telanjang dan melayang


-pernah diterbitkan dalam Antologi Lagej

mimPilem.

tali kasut longgar lagi lah. macam mana nak melangkah.


-najib khalid : Goh Pak! Goh Cak!