Thursday, April 29, 2010

MUJARAD.

ku kirimi pari-pari syurga
layarkan kamu
jauh ke angkasa;
sandarkan pada bintang
tanyakan pada bulan,


coraknya bumi itu
sfera atau segitiga?

Tuesday, April 27, 2010

sirkulasi life.

terasa ingin mencuba lagi
tapi puncakan tembok meninggi
menghalang niat diri,
memergi;
namun menjauh itu tidak bererti
didalam ini memati.

masih berdegup
sentiasa ditekan tekan
sarat mengandung keperluan.

cuma mungkin
mungkin sahaja sedikit yang tertinggal
memasuki segenap ruang sendi
menghancurkan molekul molekul akli

dan kini
ia semakin menghampiri
semakin mendekati
semakin mati.

Monday, April 26, 2010

kaca atau permata

hujan petang
tampil bersaksi
megah aku menggenggam sebutir permata
tekad menjulangnya tinggi-tinggi
biar dijamah sisa-sisa sinar mentari
yang singgah di bucu permata yang membias
terbit menjadi pelangi

pujuk tubuh yang muak berdiri
mengesot ke ekor pelangi
hujungnya ada lopak-lopak air jujur
cermin diri
bungkam aku nampak aku
menangis sendiri
tangannya dihiris kaca

Sunday, April 25, 2010

k.alku.la.si

ke sini
ke sana
atas dan bawah
berhenti
di tengah-tengah
center of mass
cakap orang Amerika
rokok dibakar
menyambung nyawa
rokok orang Amerika

di atas
berputar
tak kena
tak sampai
takkan boleh
hingar hujan

di sana
senang
Thom Yorke berkumandang
kala mimpi
tiga darab sembilan
telanjang dan melayang


-pernah diterbitkan dalam Antologi Lagej

mimPilem.

tali kasut longgar lagi lah. macam mana nak melangkah.


-najib khalid : Goh Pak! Goh Cak!

Saturday, April 24, 2010

'A'

"Your pretty face is going to hell..!!" - Iggy Pop

Friday, April 23, 2010

sambutku nanti

dari langit dua ribu kaki
aku mencabar mati
bersaksi cebis-cebis setia
yang aku lakarkan pada awan percaya
gelora hati
pejam mata
membelakangi realiti jurang dalam yang menghukum
lantas layang tubuh kaku tak bermaya
ke dasar lembah penuh sengsara

gema-gema suara
jiwa hitam yang menanti aku mati
pasti akan kecewa
melihat masih ada kerdil cinta
yang menyambutku di bawah sana




p/s: Ok tak gambar tu..? Gua edit sendiri pakai Microsoft Word..